PERKASA tuntut KPN baharu bersih, bebas politik

KUALA LUMPUR, 18 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menggesa Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu perlu bebas daripada kontroversi dan pengaruh politik. 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata KPN yang baharu juga perlu berintegriti dan bebas daripada sebarang isu moral. 

“PERKASA menegaskan individu yang bakal memegang jawatan ini mestilah seorang yang berintegriti tinggi, berwibawa serta bebas daripada sebarang pengaruh politik.

“Lebih penting, PERKASA berpandangan KPN yang baharu tidak seharusnya terpalit dengan sebarang kontroversi terutamanya melibatkan isu moral.

“Sebagai institusi keselamatan yang amat penting, polis perlu dipimpin oleh seseorang yang mampu menegakkan undang-undang secara adil dan tegas,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas pengumuman Razarudin yang enggan dilanjutkan kontrak sebagai KPN. 

Katanya, KPN baharu perlulah dilantik atas dasar kelayakan, pengalaman serta komitmen terhadap prinsip keadilan dan keselamatan negara.  

“Kepercayaan rakyat terhadap polis perlu terus dipelihara dan ditingkatkan melalui kepimpinan yang bersih, berprinsip dan beretika tinggi.

“PERKASA akan terus memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam memastikan institusi penting negara termasuk polis kekal bebas, berintegriti dan dihormati,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...