PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menuntut kerajaan menyemak semula keputusan menaikkan tarif elektrik 14 peratus berkuatkuasa bulan depan. 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata kenaikan itu jelas memberi tekanan kepada rakyat khususnya golongan B40 yang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. 

“Walaupun kerajaan mendakwa ada subsidi diberi untuk enam bulan pertama tahun ini, hakikatnya beban sebenar akan mula dirasai menjelang separuh kedua 2025.

“Dalam keadaan ekonomi masih belum benar-benar pulih, kenaikan tarif ini akan menjejaskan daya beli rakyat dan memberi kesan berantai kepada harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Inspirasi Channelz mengulas kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa bulan depan.

Katanya, kenaikan tarif itu menunjukkan kerajaan gagal dalam menguruskan komunikasi dan memastikan aspek ketelusan kepada rakyat.  

“Perdana Menteri sebelum ini menafikan ada kenaikan 14 peratus. Namun apa yang diumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) jelas menunjukkan sebaliknya.

“Seterusnya menimbulkan persoalan terhadap ketelusan maklumat yang disampaikan kepada rakyat. TNB sebagai pembekal elektrik utama negara perlu lebih bertanggungjawab. 

“Keuntungan tahunan yang tinggi tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memindahkan beban kepada pengguna,” katanya. 

Irwan Fahmi berkata PERKASA menyeru satu kajian menyeluruh dijalankan dengan libat urus bersama semua pihak berkepentingan.

Katanya, PERKASA akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat dan tidak akan berdiam diri apabila hak pengguna terabai. 

“Kami juga menyeru satu audit bebas ke atas struktur kos TNB bagi memastikan tiada pembaziran atau ketidakefisienan yang menyebabkan kenaikan tarif tidak wajar.

“Perlindungan jangka panjang perlu kepada golongan rentan melalui mekanisme subsidi bersasar yang lebih berkesan dan telus.

“Kami menggesa kerajaan lebih prihatin terhadap kesusahan rakyat, bukan hanya bergantung kepada pendekatan fiskal yang menekan kehidupan harian mereka,” tegasnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan...

PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja...

JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor...