PERKASA desak polis terus cari dalang khianat Faisal

Oleh Akmal Ahmad

KUALA LUMPUR, 9 MEI — PERKASA menggesa polis meneruskan siasatan terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim berhubung isu serangan asid yang menimpanya tahun lalu.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata kes itu tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). 

“Saya rasa perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia satu perbuatan jenayah yang tidak patut diklasifikasikan sebagai NFA. 

“Polis sudah lakukan siasatan dan beberapa hari selepas kejadian kita lihat ada di Telegram Edisi Siasat, orang yang melakukan jenayah berkenaan di kamera litar tertutup (CCTV). 

“Bayangkan Edisi Siasat boleh dapat. Jadi saya rasa perkara ini perlu dibawa ke tengah dan orang yang melakukannya mesti menerima hukuman,” katanya kepada Inspirasi Channelz. 

Irwan Fahmi berkata pihak berkuasa perlu bertanggungjawab mengenai isu ini kerana ia melibatkan keselamatan awam. 

Katanya, isu keamanan negara kini menjadi persoalan apabila semakin banyak kes jenayah berat sedang berlaku. 

“Bayangkan seorang pemain bola sepak terkenal pun boleh diklasifikasi sebagai NFA apatah lagi jika berlaku kepada orang awam yang mungkin keadilan tidak dapat ditegakkan. 

“PERKASA amat berharap pihak berkuasa meneruskan siasatan kerana perbuatan ini tidak dapat dimaafkan dan bahaya.

“Kebelakangan ini kita melihat polis gagal untuk melaksanakan tugas kerana kita tengok perkara-perkara ini adalah yang menjamin keselamatan negara,” katanya. 

Beliau berkata perspektif keselamatan awam kini semakin membimbangkan apabila rakyat mula berasa takut dengan peningkatan kadar jenayah. 

Katanya, rakyat kini mula mempersoalkan kredibiliti polis dalam menjamin ketenteraman awam dan keselamatan rakyat yang mula terdedah kepada bahaya. 

“Dahulu, kita tidak pernah merasa takut dan sebagainya tetapi kebelakangan ini banyak perkara pelik berlaku. 

“Kita merasa agak takut kerana berfikir polis tidak boleh lagi menjamin keselamatan negara,” katanya. 

Media semalam melaporkan kes serangan asid ke atas pemain sayap Selangor FC dan Harimau Malaya itu diklasifikasikan sebagai NFA.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...