PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) melahirkan kebimbangan atas pelantikan Leftenan Jeneral bukan Melayu ke dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata dengan pelantikan bukan Melayu secara drastik, ia akan memberi isyarat salah kepada rakyat terbanyak.  

“Pelantikan individu bukan Melayu ke jawatan tertinggi secara drastik akan menimbulkan kekeliruan bahawa terdapat agenda tersirat untuk mengubah wajah institusi strategik negara ini.

“PERKASA bukan menolak perpaduan namun kami percaya bahawa dalam isu strategik seperti ini, prinsip kebijaksanaan politik dan keseimbangan kaum mesti diambil kira secara serius. 

“Pelantikan seperti ini boleh memberi isyarat yang salah kepada rakyat khususnya golongan majoriti Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas pelantikan Leftenan Jeneral bukan Melayu ke dalam ATM.

Katanya, PERKASA tidak mempertikaikan kelayakan individu namun pelantikan ke jawatan tertinggi perlu dilihat dari sudut keselamatan nasional dan sensitiviti kaum.

“ATM bukan sekadar institusi pertahanan, ia adalah simbol kedaulatan, maruah dan jati diri negara. Sejak penubuhannya, ATM mencerminkan struktur dominan Melayu.

“Kami menggesa pihak kerajaan dan kepimpinan tertinggi ATM supaya lebih peka dan berhemah dalam membuat keputusan penting seperti ini. 

“Hormat kepada semangat Perlembagaan dan kontrak sosial harus menjadi asas utama dalam setiap tindakan. Pertahan institusi, hormat keseimbangan dan jaga keharmonian,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...