Pengedaran dadah rentas sempadan – 2 lelaki warganegara China berusia 21 dan 33 tahun ditahan.

Mat Zani menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. – Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan yang aktif dari Kedah dan Perlis ke Kuala Lumpur, dalam operasi khas berdasarkan risikan yang dilancarkan pada 27 Mac lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata serbuan dijalankan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, yang membawa kepada penahanan dua lelaki warganegara China berusia 21 dan 33 tahun.

Penahanan mereka membawa kepada penemuan methamphetamine seberat 519 kilogram dengan anggaran nilai pasaran RM16.608 juta.

Serbuan pertama sekitar jam 7.20 pagi di Subang Jaya menyaksikan pihak polis menahan sebuah kereta Proton Saga yang membawa 150 bungkusan plastik berisi methamphetamine seberat 156 kilogram.

Susulan itu, siasatan lanjut membawa JSJN ke sebuah homestay berhampiran, di mana sebanyak 300 bungkusan dadah lagi ditemui dalam 12 guni, dengan berat keseluruhan 312 kilogram.

Rampasan terakhir dibuat di sebuah gudang di Taman Bukit Permai, Ampang, melibatkan 51 kilogram methamphetamine.

Dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh 2.6 juta penagih dadah.

JSJN turut memaklumkan sindiket ini menggunakan taktik menyewa homestay sebagai pusat storan sementara dengan bayaran RM195 sehari sebelum diedarkan ke seluruh negara. Kumpulan ini dipercayai mula aktif sejak September tahun lalu.

Kedua-dua suspek yang kini direman 11 hari mulai 28 Mac lalu didapati negatif dadah dalam ujian air kencing. Salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

JSJN dalam kenyataan media menggesa orang ramai terus bekerjasama memerangi dadah dengan melaporkan sebarang maklumat melalui talian hotline 012-208 7222.

  • ASTRO AWANI
- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Peguam: Kerajaan berganti, veteran masih tuntut pencen

Oleh Kamil Awang KUALA LUMPUR, 31 MEI — Peguam kanan...

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...

Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul...