Pengarah Cawangan Khas dilantik KPN baharu

KUALA LUMPUR, 20 JUN — Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dilantik secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 22 Jun 2027.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik berdasarkan kompetensi dan pengalaman luas dalam bidang kepolisan.

“Kerajaan Madani menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Mohd Khalid atas pelantikan sebagai KPN secara kontrak selepas bersara.

“Beliau memiliki daya kepemimpinan tinggi serta komitmen yang terbukti dalam menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khalid dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Perak dan memperoleh Ijazah Sarjana Perundangan Perbandingan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau menyertai pasukan polis pada 5 April 1987 dan memulakan tugas di Cawangan Khas, Bukit Aman. 

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang jawatan utama termasuk Timbalan Pengarah Cawangan Khas I serta Pegawai Perhubungan Keselamatan di London, United Kingdom.

Mohd Khalid dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Cawangan Khas pada 10 April 2023 sebelum bersara wajib pada 8 April 2025. 

Saifuddin berkata kerajaan turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Razarudin Husain atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang perkhidmatannya sejak 23 Jun 2023.

Katanya, khidmat Razarudin sepanjang menerajui pasukan polis akan menjadi landasan kukuh dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan PDRM. 

“Bagi pihak Kerajaan Madani, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Razarudin atas segala sumbangan beliau memimpin PDRM dengan penuh dedikasi,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...