PENGAMPUNAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

1. Saya ucap terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana memberi penjelasan berkait dengan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Penjelasan itu melepaskan saya dari tuduhan-tuduhan bahawa saya telah tidak mengikut proses yang betul di dalam mendapatkan pengampunan untuk Anwar seperti mana saya dituduh di dalam beberapa tindakan saya sebelum ini seumpamanya kes Pulau Batu Puteh.

3. Ingin saya jelaskan bahawa sejak dari masa pengampunan Anwar diumum dalam bulan Mei 2018, beberapa pengamal undang-undang, ada yang agak rapat dengan saya dan juga yang tidak suka dengan saya mempertikai proses pengampunan tersebut.

4. Seingat saya, ada seorang peguam memfailkan saman mencabar kesahihan pengampunan Anwar selepas sahaja saya meletak jawatan sebagai PM pada Februari 2020.

5. Anwar ketika itu cuba membatalkan saman tersebut tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Namun permohonannya dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan atas alasan plaintif tidak ada locus standi (hak).

6. Mahkamah Persekutuan kemudiannya turut menolak rayuan plaintif kerana isu itu sudah menjadi akademik dan pengampunan dilakukan mengikut Perlembagaan.

7. Walaupun keputusan sudah dibuat, apabila timbul isu adendum di dalam titah Yang di-Pertuan Agong berkait dengan Datuk Seri Najib Razak dan usahanya mendapatkan kelonggaran tahanan rumah, isu pengampunan Anwar timbul kembali.

8. Penyokong Najib mempertikai kenapa titah Agong tidak dituruti sedangkan apabila Anwar mendapat pengampunan penuh yang dianggap luar biasa sebelum itu boleh dilaksanakan.

9. Maka pengamal undang-undang tampil lagi mempertikai proses pengampunan Anwar kerana berlaku percanggahan dari segi pelaksanaan pengampunan Anwar berbanding dengan adendum tahanan rumah Najib yang dikatakan dititahkan oleh Agong ketika itu.

10. Sekali lagi peranan saya di dalam proses pengampunan Anwar dipertikai.

11. Kini timbul pula isu Anwar ingin mendapatkan “imuniti” (kekebalan) dari menghadapi saman sivil oleh bekas pembantunya di atas tuduhan serangan seksual.

12. Bagi pengkritik Anwar, tindakannya untuk mendapatkan imuniti itu bertentangan dengan konsep keadilan negara di mana tidak ada seorang pun yang mempunyai kekebalan daripada menghadapi proses undang-undang apabila dituduh melakukan kesalahan.

13. Tindakannya meminta imuniti membuat beberapa pihak mengaitkan “keistimewaan” yang dipohon Anwar itu sama seperti “keistimewaan” yang diterimanya ketika mendapat pengampunan penuh.

14. Pihak AGC harus sedar semua pertikaian berkenaan Anwar saling berkaitan dan jika tidak ditangani akan menular menjadi penyakit yang terus menghakis kepercayaan orang ramai terhadap sistem keadilan negara.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

4 JUN 2025

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor...

Mahu haramkan UMNO, Dr Akmal tolak jemputan Tun M

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Dr Muhamad Akmal...

PAS soal syarikat peranti ganja beroperasi di Johor

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PAS menuntut penjelasan kerajaan...