Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut baik pengumuman Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sekaligus meninggalkan parti.  

Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata UMNO tidak menyesali pemergian Tengku Zafrul namun pengumumannya wajar disusuli dengan peletakan jawatan sebagai menteri. 

“Sepatutnya letak jawatan menteri sekali. Orang UMNO terlalu gembira dengan berita ini. Datang tidak diundang, pergi pun tidak dikesali. UMNO parti kita semua. 

“Kepada PKR, moga boleh menerima permohonan Tengku Zafrul ke dalam PKR dan boleh menjadi bukti betapa ‘setianya’ persahabatan antara UMNO dan PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pengumuman Tengku Zafrul meninggalkan UMNO.

Tengku Zafrul hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli MKT sekaligus meninggalkan UMNO.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata pengumuman berkenaan disusuli hasratnya menyertai PKR.

Katanya, keputusan untuk meninggalkan UMNO bukan satu keputusan yang mudah dan ia dibuat selepas meminta nasihat Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...