Pempengaruh syak JUSA dalang naik umur bersara

KUALA LUMPUR, 21 MEI — Pempengaruh media sosial menyelar cadangan Datuk Seri Azalina Othman Said yang mahu menaikkan umur persaraan kakitangan kerajaan.

Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata umur 60 tahun adalah masa sesuai untuk menyerahkan kuasa dan tanggungjawab kepada kakitangan yang lebih muda. 

“Cukuplah! Umur 60 tahun adalah waktu untuk menyerahkan kuasa dan tanggungjawab kepada mereka yang lebih muda.

“Alasan ramai yang masih aktif itu hanyalah retorik semata-mata. Itu semua sembang sahaja,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam. 

Azalina semalam menggesa kerajaan mengkaji semula had umur persaraan wajib yang ditetapkan pada usia 60 kepada 65 tahun kerana ramai kakitangan yang masih sihat.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata langkah berkenaan wajar dipertimbangkan memandangkan usia 60 tahun kini dianggap masih muda oleh kebanyakan negara. 

Katanya, umur 60 tahun adalah waktu yang tepat untuk bersara dan tidak perlu sebarang justifikasi untuk menaikkan kepada 65 tahun.

Mohd Ezairol berkata berdasarkan pengalamannya, kebanyakan rakan sekerjanya yang berusia 55 tahun sudah menghidap pelbagai penyakit.

Katanya, desakan menaikkan had umur persaraan kepada 65 tahun ini mungkin didalangi puak yang berada dalam Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

“Orang bawah jarang-jarang sekali hendak sambung. Ini mesti desakan geng-geng JUSA yang jadi bos minta sambung lagi.

“Disebabkan kamu, habis yang lain semua stuck tidak boleh nak maju ke pangkat yang lebih tinggi.

“Bagilah peluang dekat orang lain yang di bawah pula untuk merasa. Cukup-cukuplah brother. Sudah-sudahlah kejar kemewahan dunia,” katanya. 12

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...