Pempengaruh ramal nasib Rafizi serupa Sany Hamzan

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Pempengaruh media sosial membayangkan nasib Datuk Seri Rafizi Ramli akan serupa seperti Ahli Parlimen AMANAH Mohd Sany Hamzan. 

Zainuddin Omar berkata Mohd Sany selaku ahli parlimen biasa tidak banyak yang boleh dilakukan selain bertempik di Dewan Rakyat. 

“Rafizi mungkin akan menjadi seperti Mohd Sany, sekadar seorang backbencher yang boleh bersuara sumbang tetapi tidak memberi impak besar dalam hal ehwal kerajaan.

“Menjerit pun, tidak berbekas. Lebih daripada itu, Rafizi berisiko untuk lost in oblivion, dilupakan dan hanya dikenali di Pandan sebagai bekas tokoh besar yang kini menyepi.

“Jika Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mencalonkan Rafizi sebagai wakil PKR di Pandan, kemungkinan besar kerjaya politiknya akan berakhir,” katanya. 

Beliau mengulas keputusan nekad Rafizi yang mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi walau cuba dihalang Perdana Menteri.

Katanya, keputusan Rafizi meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi satu kesilapan besar kerana masih diperlukan oleh Perdana Menteri. 

Pada pandangan saya, adalah satu kesilapan besar apabila Rafizi menolak tawaran Perdana Menteri untuk kekal sebagai Menteri Ekonomi.

“Sebagai menteri, beliau masih berada dalam barisan Kabinet dan memiliki sedikit sebanyak kuasa serta pengaruh dalam merangka dasar negara.

“Suara serta pandangannya masih relevan dan didengar. Namun, apabila kembali menjadi ahli parlimen biasa, banyak ‘taring’ politik akan hilang.

“Secara perlahan-lahan, pengaruh beliau akan merosot kerana tidak lagi berada di gelanggang utama kuasa,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...