Pempengaruh hairan MyKiosk KPKT mahal RM9,000 

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Pempengaruh media sosial menggesa siasatan menyeluruh dijalankan berhubung projek MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata siasatan itu perlu selepas terdapat perbezaan harga di antara pembekal dan jumlah yang diumumkan KPKT baru-baru ini.  

“Syarikat AD Prima Ventures mendedahkan harga Kiosk KPKT 2.0 hanya RM12,500. 

“Selepas ditambah sistem solar, papan tanda dan pelekat, lampu LED dan kipas, harga keseluruhan RM16,000.

“Kos bagi satu kiosk KPKT yang didedahkan menteri baru-baru ini dikhabarkan berjumlah RM25,000,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Mohd Ezairol berkata berdasarkan harga yang dimaklumkan, tidak logik kos penghantaran sebuah kiosk mencecah RM9,000. 

Katanya, kos itu tidak munasabah ibarat penghantaran kiosk berkenaan menggunakan khidmat pesawat.

“Rasa macam tidak logik pun ada. Tidak mungkin kos penghantaran sahaja mencecah RM9,000 untuk sebuah kiosk. Bukan hantar naik pakai kapal terbang pun.

“Aku rasa sudah sampai masanya pihak berwajib menjalankan siasatan dan audit bagi memastikan tiada salah urus tadbir atau ketirisan berlaku,” katanya.

Projek MyKiosk adalah inisiatif KPKT untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).

MyKiosk bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosio ekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kiosk perniagaan dengan kadar sewa yang rendah.

Sebanyak 7,243 unit MyKiosk sudah diluluskan KPKT setakat Disember 2024 seluruh negara bagi membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan mereka.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...