Pempengaruh gesa penghadang beroda elak nahas maut

KUALA LUMPUR, 10 JUN  — Pempengaruh media sosial menggesa pihak berkuasa menaik taraf reka bentuk penghadang jalan yang lebih selamat demi melindungi pengguna jalan raya. 

Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata penghadang sedia ada ibarat pisau tajam di jalanan yang boleh meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan. 

“Ngilu tengok penghadang jenis zink ini. Penghadang jalan raya jenis zink ini dipersoalkan keselamatannya apabila beberapa insiden tragis melibatkan pengguna jalan raya.

“Mungkin sudah tiba masanya pihak berkuasa mempertimbangkan reka bentuk yang lebih selamat demi melindungi nyawa pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kemalangan maut membabitkan bas dinaiki pelajar universiti.  

Katanya, ada pihak mencadangkan supaya penghadang jalan beroda atau pelapik getah dipasang bagi mengurangkan kecederaan serius penumpang. 

Nahas bas ekspres di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Jeli-Gerik semalam meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. 

Rakaman tular di media sosial menyaksikan bas berkenaan dipandu laju sebelum terbabas ketika melalui selekoh dan melanggar sebuah kereta Perodua Alza.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Menteri dedah 400,000 peminjam enggan bayar PTPTN

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Menteri Pendidikan Tinggi memaklumkan...

Pesta gol, Hannah teruja kemarau 11 tahun berakhir 

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Menteri Belia dan Sukan...

Tun Mahathir seru fokus R&D bangun tamadun manusia

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad...

Pemandu bas nafi pandu laju, brek gagal berfungsi

KUALA LUMPUR, 10 JUN — Pemandu bas yang terlibat...