Pempengaruh cadang Farhash bantu projek sakit MEX II

KUALA LUMPUR, 3 JUN — Pempengaruh media sosial menggesa kerajaan melantik Datuk Farhash Wafa Salvador bagi menyelesaikan projek sambungan Lebuhraya Maju (MEX II).

Aliff Ahmad berkata dengan peletakan jawatan Farhash sebagai Pengerusi 7-Eleven, ahli perniagaan itu masih mempunyai kuota mengepalai projek sakit tersebut.

“Aku doakan idola ana, Farhash Salvador ambil alih syarikat tersenarai dia ini untuk selamatkan projek Lebuhraya MEX II.

“Aku percaya idola ana sahaja yang mampu selamatkan projek ini. Lagipun, idola kita semua sudah letak jawatan Pengerusi 7-Eleven.

“Syarat Suruhanjaya Sekuriti hanya boleh lima kepengerusian. Jadi masih kosong satu sekarang,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mendedahkan sejumlah RM20 juta dana sukuk bagi pembinaan lebuh raya dipercayai diseleweng.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata penemuan terbaru itu membabitkan seorang tokoh bergelar Tan Sri dengan pelaburan digunakan untuk aktiviti perjudian.

Katanya, SPRM juga sedang mengesan aset yang dipercayai diperoleh melalui penyelewengan dana sukuk termasuk yang berada di luar negara.

Aliff berkata penemuan SPRM itu sesuatu yang mengejutkan dan Farhash dilihat antara ahli perniagaan yang mampu menyelesaikan masalah kelewatan MEX II.

“Aku cadangkan kepada kerajaan Madani untuk lantik idola anak muda ini untuk selamatkan syarikat tersenarai tersebut. Semoga Allah kabulkan doa ana. Amin,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...