Pempengaruh buat ulasan surau awam, mudahkan orang beribadah

Rusydi Sayuti Rosli terus bersemangat meluangkan masa serta tenaga untuk tampil memberikan maklumat menerusi akaun TikToknya, @rusydi.official.

KUALA LUMPUR: Kesukaran isterinya yang sarat mengandung dan perlu berjalan jauh bagi mencari surau di sebuah pusat beli-belah mendorong seorang pempengaruh mencipta kandungan berbentuk ulasan di media sosial mengenai kemudahan tempat beribadat itu di pelbagai lokasi awam.

Biarpun tidak mendatangkan sebarang pendapatan, Rusydi Sayuti Rosli, 37, tetap bersemangat meluangkan masa serta tenaga untuk tampil memberikan maklumat menerusi akaun TikToknya @rusydi.official menerusi #reviewsurau, sejak tahun lepas (2023).

Dia yang bekerja sebagai pengurus di sebuah pasar raya di ibu kota itu berkata, hasil pemerhatiannya mendapati, terdapat surau di pusat beli-belah yang tidak menepati kehendak garis panduan penyediaan fasiliti serta tidak mudah diakses terutama oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, dan warga emas.

“Atas sebab itu, saya rasa terpanggil untuk mengulas keadaan surau awam terutama di pusat beli-belah dengan menambah beberapa maklumat lain, antaranya panduan arah dan kadar aksesibiliti,” katanya kepada Bernama / Norhidayyu Zainal

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...