PEMIMPIN KLEPTOKRAT YANG KOTOR DAN JIJIK SEMACAM ZAHID HAMIDI TIDAK MAMPU BERSIHKAN UMNO

PEMIMPIN KLEPTOKRAT YANG KOTOR DAN JIJIK SEMACAM ZAHID HAMIDI TIDAK MAMPU BERSIHKAN UMNO

Hanya ahli-ahli UMNO yang bodoh saja yang mempercayai kata-kata Zahid Hamidi kononnya beliau ingin bersihkan UMNO.

Macamana penyangak hendak bersihkan UMNO?

Mana mungkin seorang pemimpin kleptokrat yang kotor dan jijik seperti Zahid Hamidi boleh bersihkan UMNO?

Sekiranya ‘air sungai di hulu itu keruh mana boleh di hilirnya jernih?’

Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli UMNO jangan mudah terpedaya dengan Presiden UMNO ‘kaki penipu’ nombor satu ini.

Beliau bukan dibebaskan dan dilepaskan dari 87 pertuduhan secara mutlak tetapi hanya dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA).

Tunggu saja apabila kerajaan Madani tumbang dan pada waktu itu lihat saja apa bakal terjadi pada Zahid Hamidi.

Nasib Zahid Hamidi agak baik kerana kerajaan Madani sebuah kerajaan yang kalah dalam PRU15 tetapi dipilih untuk membentuk kerajaan campuran.

Kerajaan Madani dibentuk melalui gabungan yang ‘rapuh’ hanya untuk mencukupkan bilangan bagi mengujudkan sebuah kerajaan dan Zahid Hamidi pula walaupun bersumpah laknat berjanji dengan ahli-ahli UMNO untuk tidak bersekongkol dengan Anwar Ibrahim mahupun DAP terpaksa akur dengan kerajaan Madani bagi menyelamatkan tengkuknya.

PH pula amat tertekan untuk berpaut semula pada kuasa dan demi agenda itu mereka sanggup gadaikan prinsip bagi bergabung dengan UMNO yang kami pernah lawan secara matian pada PRU14 yang lepas.

Kini semua pemimpin-pemimpin PH termasuk DAP sanggup bertuankan pada pemimpin kleptokrat UMNO sebagai orang nombor dua dalam kabinet kerajaan Madani.

Bersekutu bersama kerajaan Madani telah menyelamatkan pemimpin kleptokrat ini pada realitinya.

Pada pendapat peribadi saya Zahid Hamidi jangan terlalu angkuh dan terlalu awal untuk beliau bersikap angkuh.

Sesungguhnya juga, Allah swt tidak pernah memungkiri janji.

Yang Benar,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
2 Julai 2024
Aktivis Politik

#InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu...

Polis selesai rakam cakap ketua pengarang, pereka grafik Sin Chew

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Ketua Polis Negara memaklumkan...

Tun Mahathir kagum polis rampas dadah berjuta ringgit

𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 1. Saya kagum dengan kejayaan polis mengesan dan merampas...

PAS kesal Perak lulus lesen ternak babi di kawasan umat Islam

KUALA LUMPUR, 17 APRIL — Naib Presiden PAS kesal...