Pemilihan PKR cecah RM2.5 juta, Eric sindir parti derita

KUALA LUMPUR, 20 MEI — Pempengaruh media sosial menyindir PKR selepas parti itu berbelanja besar untuk mengadakan pemilihan tahun ini.

Lim Sian See, nama popular Datuk Eric See To, berkata PKR tidak lagi sesuai mendapat jolokan parti derita selepas penganjuran pemilihan pusat mencecah RM2.51 juta.

“Dilaporkan ada 251 calon bertanding jawatan pusat, jadi jumlah kutipan yuran pencalonan sahaja sudah mencecah sekurang-kurangnya RM2.51 juta.

“Belum masuk kos ‘kopi’ peringkat pusat dan kos lain yang dibelanja untuk berkempen. Ini parti derita, saudara,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Media melaporkan PKR menjana RM770,000 selepas setiap perwakilan yang mengundi dalam pemilihan kali ini perlu membayar RM2.60 seorang.

Jumlah berkenaan tidak termasuk perbelanjaan RM200,000 yang perlu ditanggung setiap calon ketua cabang di 222 bahagian seluruh negara.  

Eric berkata PKR menetapkan yuran pencalonan bagi jawatan presiden dalam pemilihan kali ini RM50,000, timbalan presiden (RM35,000) dan naib presiden (RM25,000).

Manakala yuran calon Ketua Pemuda PKR pula RM25,000 manakala calon Majlis Pimpinan Pusat RM10,000.   

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...