Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas selesai Konvensyen Bersatu di Selayang pada Sabtu. – Foto Astro AWANI

SELAYANG: Datuk Seri Hamzah Zainudin sah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akan datang.

Perkhabaran terbaharu itu disahkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas selesai Konvensyen Bersatu di Selayang pada Sabtu.Menurut Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) yang juga penyandang jawatan tersebut sedia mengundur diri bagi memberi laluan kepada Hamzah.

“Peja (Faizal) sedia lepaskan jawatan itu dan tak bertanding Timbalan Presiden kerana berikan ruang kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengambil tugas sebagai Timbalan Presiden.

“Ini atas dasar mengiktiraf peranan Setiausaha Agung PN, tidak kurang penting juga beliau sebagai Ketua Pembangkang Perikatan Nasional (PN) di Parlimen yang banyak pengaruh.

“Hubungan yang akrab dengan parti komponen lain seperti Pas. Ini semua kita ambil kira.

“Saya fikir saya tiada halangan langsung untuk Datuk Seri Hamzah memimpin sebagai Timbalan Presiden dan membantu saya,” katanya.

Tambah beliau, parti juga bersetuju untuk menawarkan jawatan Setiausaha Agung Bersatu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ASTRO AWANI | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...

Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul...

BERSATU gesa Zahid ikut jejak Rafizi lepas jawatan TPM

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Parti BERSATU menggesa Datuk...