Pemangku Sultan Johor mahu SRBJ lebih inklusif, progresif 

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Tunku Mahkota Ismail bertitah Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) bukan sekadar langkah pembaharuan pendidikan malah menjadi simbol perubahan menyeluruh.

Pemangku Sultan Johor bertitah pendidikan yang berkualiti amat penting untuk rakyat sekaligus menjadikan mereka berdaya saing di peringkat domestik dan global.

“Saya berharap SRBJ bakal menjadi model kepada pendekatan pendidikan negeri yang lebih inklusif dan progresif,” titahnya. 

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan penggal persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-15 di Kota Iskandar hari ini. 

Menurut baginda, pelancaran SRBJ yang membabitkan empat sekolah terpilih adalah permulaan kepada satu model pendidikan negeri yang lebih inklusif dan progresif.

“Kita tidak boleh berpuas hati dengan sistem pendidikan statik yang ketinggalan zaman. 

“Saya berharap kerajaan persekutuan bersama-sama menyertai inisiatif Johor dalam membangunkan modal insan berkualiti tinggi,” titahnya. 

Baginda bertitah Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor perlu merangka inisiatif khusus untuk memperkukuh nilai kekeluargaan dan patriotisme.

Johor kini sudah menghantar 90 guru untuk mengikuti latihan di institusi pendidikan ternama di Singapura sebagai usaha memperkasa kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...