Pelajar MRSM hilang enggan balik asrama ditemui selamat

KUALA LUMPUR, 5 MEI — Ketua Polis Pahang memaklumkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Terengganu.

Datuk Seri Yahaya Othman berkata pelajar berusia 13 tahun itu yang keluar rumah tanpa pengetahuan keluarganya ditemui di rumah saudaranya 7 pagi tadi. 

“Berdasarkan laporan yang diterima pada 4 petang semalam, kita menemu ramah ahli keluarga pelajar ini.

“Alhamdulillah, pada 7 pagi tadi, pelajar ini dapat dikesan di rumah saudara di Kemaman, Terengganu dan berada dalam keadaan selamat.

“Oleh itu, kes kehilangan ini selesai dan siasatan lanjut diteruskan untuk mendapatkan maklumat bagaimana pelajar ini sampai ke Chukai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.

Ketua Polis Kuantan semalam memaklumkan seorang pelajar MRSM Pekan hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga.

ACP Wan Zahari Wan Busu berkata Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, keluar dari rumah dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...