PEJUANG pujuk Tun Mahathir jadi pengerusi semula?

KUALA LUMPUR, 28 APRIL — Selepas dua tahun meninggalkan Parti PEJUANG, kini terdapat satu usaha memujuk kembali Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai parti itu. 

Sumber memberitahu Inspirasi Channelz, satu perjumpaan bersama bekas Perdana Menteri itu akan diadakan hari ini bagi menggerakkan usaha berkenaan.

PEJUANG merupakan parti yang ditubuhkan Tun Mahathir pada Ogos 2020 sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada Disember 2022.

Tun Mahathir kemudiannya mengumumkan meninggalkan PEJUANG pada 10 Februari 2023 selepas parti itu enggan bersama dalam perjuangan Gerakan Tanah Air (GTA). 

Keputusan meninggalkan PEJUANG diikuti 12 pimpinan lain termasuk bekas timbalan presiden Datuk Marzuki Yahya dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...