PEJUANG kesal PSB abai suara majoriti penduduk

KUALA LUMPUR, 22 MEI — Parti PEJUANG menyelar kerajaan campuran yang dilihat terburu-buru dalam memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). 

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PEJUANG tidak menolak pemodenan namun ia mestilah membela hak rakyat.

“Kegusaran PEJUANG kini terbukti mempunyai asas. Lebih-lebih lagi jika dilihat pada draf RUU yang dikeluarkan pada 26 November 2024.

“Ia harus ditolak jika tiada pindaan RUU itu dibuat. Jika dilihat pada draf RUU sedia ada, kawasan di mana ia akan berkuat kuasa mencakupi keseluruhan Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas RUU PSB yang dijangka dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang. 

Katanya, ambang persetujuan bagi mana-mana aktiviti di bawah PSB kini tidak lagi bergantung 100 peratus kepada pemilik atau penduduk. 

“Bagi bangunan 30 tahun, ambangnya adalah 80 peratus. Lebih 30 tahun, ambangnya adalah 75 peratus manakala bagi bangunan terbengkalai ianya 51 peratus. 

“Bagaimana pula kalau ada pihak yang tidak setuju dan mahu pertahan hak mereka? Tiada mekanisme perundangan yang disediakan dibawah PSB untuk pihak tersebut,” katanya.

Mukhriz berkata ini bermakna pemaju yang dipilih tidak perlu mendapatkan persetujuan 100 peratus daripada penduduk untuk melaksanakan pembaharuan.

Katanya, PEJUANG menyarankan agar kerajaan campuran memikirkan keperluan untuk memasukkan instrumen Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dalam RUU PSB.

“Di bawah kawasan flat yang ada kediaman dibina concept store atau ruang perniagaan untuk menjana pendapatan penduduk asalnya.

“PEJUANG mendesak dan mencabar kerajaan agar satu referendum rakyat dibuat sebelum PSB ini dibentang dan dibahas,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom 

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...