Pejabat Haniff Khatri dibenar merokok hingga 19 Ogos

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Mahkamah Tinggi hari ini melanjutkan penggantungan larangan merokok di pejabat peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Mohamed Haniff berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh melanjutkan penggantungan itu sehingga pelupusan semakan kehakiman secara substantif ditetapkan.

“Hari ini Mahkamah Tinggi memberikan keputusan perintah inter partes untuk gantung pelaksanaan larangan merokok berkenaan di pejabat Haniff Khatri.

“Ia dilanjutkan sehingga pelupusan semakan kehakiman secara substantif ditetapkan untuk bicara pada 19 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Inspirasi Channelz.

Mohamed Haniff pada 31 Disember lalu memfailkan permohonan untuk memulakan semnakan kehakiman terhadap Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Semakan itu turut menamakan Kerajaan Malaysia bagi tujuan mencabar larangan merokok di pejabat sendiri yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2024 dan dilaksanakan pada 1 Januari lalu.

Mahkamah Tinggi pada 22 Januari kemudiannya membenarkan perintah untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman berkaitan larangan itu.

Hakim mengeluarkan perintah ad-interim untuk menggantung pelaksanaan larangan merokok di pejabat Haniff Khatri sehingga ia didengar secara inter partes pada 27 Februari.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...