Peguam Na’imah kesal AGC beri Anwar NFA 

KUALA LUMPUR, 23 JUN — Peguam kepada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendedahkan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap laporan yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal berkata makluman itu disampaikan melalui sepucuk surat daripada Ketua Polis Sentul minggu lalu, lapor Malaysiakini.

“Keputusan ini tidak boleh diterima, mengejutkan dan bertentangan dengan prinsip tadbir urus yang baik serta kedaulatan undang-undang.

“Tiada butiran diberikan mengenai siapa yang sudah disoal siasat, apakah langkah yang sudah diambil atau apa sebab keputusan NFA itu dibuat.

“Adakah Anwar sudah disoal siasat? Adakah Tan Sri Azam Baki sudah disoal siasat? Adakah siasatan itu dijalankan secara adil, menyeluruh dan bebas?” soal mereka.

Mereka berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas surat Ketua Polis Sentul terhadap status NFA kepada Anwar oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).   

Surat itu mendakwa tiada siasatan terhadap Anwar susulan pendakwaan bermotif politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...