Peguam: Mahkamah Persekutuan pilihan Yusoff cabar PM

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Peguam kanan mendakwa Yusoff Rawther masih mempunyai pilihan untuk merujuk saman sivilnya ke Mahkamah Persekutuan. 

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata rayuan itu perlu dibuat dengan kadar segera selepas peguam mendapat arahan daripada keluarga Yusoff.

“Pilihan pertama selepas keputusan Mahkamah Rayuan semalam dan perbicaraan 16 Jun ditangguh, peguam Yusoff boleh membuat rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan.

“Ia untuk membatalkan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan. Tetapi disebabkan masa semakin suntuk, maka peguam Yusoff perlu bekerja keras.

“Mungkin tidak boleh tidur untuk menyediakan notis rayuan dan perakuan segera dengan alasan menngapa perlu didengar rayuan itu secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi wawancara khas bersama Inspirasi Channelz mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam.  

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menangguhkan kes saman sivil yang difailkan Yusoff daripada didengar di Mahkamah Tinggi minggu depan.   

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Supang Lian sebulat suara membenarkan permohonan Anwar untuk didengar pada 21 Julai ini.

Haniff berkata selain rayuan ke Mahkamah Persekutuan, Yusoff juga boleh kembali ke Mahkamah Rayuan untuk meminta pendengaran pada 21 Julai ini.

Katanya, pihak Yusoff boleh memohon kepada Mahkamah Rayuan agar tarikh berkenaan digunakan peguam Anwar untuk menyampaikan hujah rayuan.

“Pilihan kedua dan lebih praktikal adalah untuk berurusan secara terus dengan Mahkamah Rayuan dan mendapat kerjasama peguam Anwar.

“Ia untuk meminta 21 Julai itu tidak perlu pendengaran permohonan kekal kerana mereka sudah dapat apa yang mereka mahu tetapi minta tarikh untuk mendengar rayuan.

“Pada 21 Julai kalau semua setuju dan dipersetujui Mahkamah Rayuan, terus didengar rayuan. Jika tidak, saya khuatir rayuan ini akan dipanjangkan tempohnya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...