Peguam: Hormat jika PM dapat tangguh saman Yusoff

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa semua pihak berlapang dada dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. 

Peguam kanan itu berkata sistem kehakiman negara tidak wajar dipersoalkan walau pihak guaman Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu meneruskan ke Mahkamah Rayuan. 

“Keputusan Mahkamah Tinggi semalam berhubung desas-desus yang dibangkitkan rakyat kononnya mahkamah mengikut arahan atau permintaan pihak berkuasa tidak tepatlah.

“Bukan kes semalam saja banyak kes sebenarnya hakim-hakim menjalankan tugas berpandukan amanah.

“Rakyat jangan lupa kalau hari ini ada keputusan yang mereka rasa pelik jangan tuding jari kata semua mahkamah begitu. Ingat tarikh 4 Jun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Inspirasi Channelz mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang menolak permohonan Anwar. 

Katanya, mahkamah sentiasa menerapkan prinsip keadilan berpandukan bukti yang ditampilkan peguambela dan pendakwaraya. 

“Malangnya ada kes bukti tidak cukup oleh pengadu atau pihak berkuasa menampilkan lebih banyak bukti. Tetapi rakyat melihat seolah-olah ada permainan dua darjat.         

“Saya harap rakyat jangan sewenang-wenangnya menuding jari kepada mahkamah sekiranya ada keputusan yang tidak puas hati atau percaya keputusan berbeza,” katanya. 

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung kekebalan Perdana Menteri. 

Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan itu selepas mendapati persoalan yang dikemukakan tidak membabitkan keabsahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...