Peguam: Anwar baik diam, jangan tipu nepotisme

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 24 MEI — Peguam kanan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi tafsiran salah istilah nepotisme dengan menghalalkan pengorbanan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata Perdana Menteri lebih sesuai berdiam diri daripada menghalalkan perbuatan nepotisme berleluasa dalam PKR.

“Apabila Perdana Menteri memberi justifikasi peranan yang pernah dimainkan anaknya yang menerajui pucuk pimpinan kedua tertinggi sebagai bukan nepotisme, itulah nepotisme.

“Sepatutnya kalau [Anwar] jujur dan ikhlas, tidak ada peranan atau harapan kenaikan jawatan anak dalam parti, maka sebaiknya beliau berdiam diri.

“Tetapi bila hendak justifikasi apa yang berlaku adalah peranan anak dan keluarganya dalam parti, itulah ia nepotisme,” katanya kepada Inspirasi Channelz.  

Nurul Izzah semalam berjaya menewaskan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menang dengan majoriti 5,937 undi menyaksikan Rafizi bakal meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. 

Haniff berkata sikap Anwar yang memberi tafsiran salah terhadap nepotisme tidak boleh diterima hanya kerana mengiktiraf kedudukan Nurul Izzah.

“Sampai ke tahap maksud bahasa dan perkataan dalam masyarakat pun, Perdana Menteri mahu selewengkan maksud nepotisme. Itu tidak boleh dibiarkan. Nepotisme adalah nepotisme,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...