PAS soal syarikat peranti ganja beroperasi di Johor

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PAS menuntut penjelasan kerajaan berhubung lesen pengilangan sebuah syarikat berkaitan peranti ganja di Senai, Johor.  

Pengerusi Lajnah Kesihatannya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata Malaysia tidak boleh berkompromi dalam isu melibatkan dadah yang mengancam keselamatan negara. 

“Berdasarkan maklumat umum dan pembentangan pelabur syarikat berkenaan, Ispire Technology secara terbuka menyatakan pembabitan mereka.

“Ia dalam pembuatan produk berkaitan kanabis khususnya peranti vaporiser untuk kegunaan kanabis.

“Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), lesen pengilang untuk kilang Ispire di Senai dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook miliknya semalam memohon penjelasan kerajaan. 

Katanya, kerajaan perlu bertegas dalam isu berkaitan dadah tanpa sebarang tolak ansur termasuk dalam konteks pelaburan asing membabitkan elemen kontroversi.

“Persoalan timbul sama ada kelulusan MIDA turut meliputi pembuatan produk berkaitan ganja (kanabis) yang jelas tertakluk di bawah peruntukan undang-undang.

“Hal ini penting kerana ia melibatkan isu kedaulatan undang-undang serta imej negara dalam memerangi ancaman dadah.

“Sekiranya benar kelulusan diberikan bagi pembuatan produk vaporiser yang digunakan untuk ganja, ini menimbulkan persoalan serius terhadap ketegasan Malaysia,” katanya.

Ahmad Yunus berkata isu berkenaan membangkitkan persoalan sama ada polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengetahui aktiviti kilang yang terletak di Johor itu.

Katanya, Malaysia selama ini terkenal dengan pendekatan tegas terhadap sebarang bentuk pengedaran, pemilikan dan pengilangan dadah termasuk ganja sebagai bahan terlarang.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...