PAS Selangor setuju fatwa nilai hujah Hadi tangguhkan umrah

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Selangor menggesa pihak berkuasa agama menilai pandangan yang dikeluarkan Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Pengarahnya, Yusfarizal Yussoff berkata pandangan Presiden PAS tidak semestinya betul dan fatwa khusus boleh memberi pencerahan.   

“Saya tidak mengatakan pandangan Hadi terlalu betul atau betul dalam semua keadaan namun bukalah fikiran dan kalau boleh berhujahlah dengan ilmu untuk menyatakan sebaliknya.

“Saya setuju supaya pihak berkuasa agama menilai pandangan tersebut dan mengeluarkan fatwa khusus untuk itu. Semoga kita semua lebih jelas kedudukannya,” katanya. 

Hadi kelmarin memberi isyarat supaya umat Islam mengutamakan kemenangan politik serta menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.

Katanya, ketetapan berkenaan dibuat mengambil ibrah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah ketika Perjanjian Hudaibiyah.

Beliau berkata kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa seiring firman Allah yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.

Katanya, umat Islam ketika ini tidak mengamalkan pendekatan berkenaan sebaliknya lebih memilih menunaikan umrah dan haji berbanding mendapatkan kemenangan politik.

Yusfarizal berkata apa yang dibangkitkan Hadi adalah munasabah terutama pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Katanya, bagi sesiapa yang terlibat dalam PRK itu, mereka wajib mengundi dan kalau boleh ditangguhkan dahulu umrah dalam masa terdekat.

“Mereka yang tidak berpuas hati sampai menyatakan ia fatwa sesat dan mengubah rukun Islam itu kenapa? Adakah kamu pula mahu ‘mentakfirkan orang’.

“Penguasaan politik oleh orang Islam sememang penting. Kita sudah lihat dengan mata kepala kita apa akan terjadi kalau orang Islam tidak menguasai pentadbiran.

“Prinsip agama Islam perlu difahami dengan betul dan mendalam barulah kita berupaya mengaplikasikan prinsip tersebut dalam tindakan kita,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...