PAS rakam ucapan takziah nahas FRU di Teluk Intan

KUALA LUMPUR, 13 MEI — PAS menzahirkan ucapan takziah kepada waris pasukan Keselamatan Simpanan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan maut di Teluk Intan awal pagi tadi. 

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menitipkan doa agar anggota yang terlibat dikurnia sebaik-baik ganjaran di sisi Allah.

“Dukacita apabila mendengar berkenaan kemalangan maut anggota FRU yang bertembung dengan lori trak membawa muatan batu di Teluk Intan Perak pagi tadi.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga anggota-anggota yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Sama-sama kita berdoa agar para pejuang yang terlibat dikurniakan sebaik-baik ganjaran disisi-Nya. Moga Allah sentiasa lindungi kita semua,” katanya. 

Polis hari ini mengesahkan 10 anggota FRU meninggal dunia dalam insiden yang berlaku 8.30 pagi tadi membabitkan lori muatan batu di Teluk Intan, Perak.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...