PAS kesal Perak lulus lesen ternak babi di kawasan umat Islam

KUALA LUMPUR, 17 APRIL — Naib Presiden PAS kesal kerajaan negeri Perak meluluskan lesen pengoperasian ladang babi di kawasan majoriti penduduk Melayu beragama Islam. 

Datuk Idris Ahmad berkata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad perlu menutup ladang babi haram yang boleh membawa mudarat.

“Daerah Batang Padang dan Muallim sahaja terdapat 30 ladang babi yang diluluskan serta berlesen. Jika dicampur ladang haram, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

“Tinjauan saya mendapati banyak ladang babi sama ada diluluskan atau dibina secara haram. Lebih mendukacitakan, penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari. 

“Risiko penyakit berjangkit dan ancaman kesihatan akibat sisa daripada ladang-ladang ini juga sentiasa mengganggu penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) di Bidor, Perak hari ini. 

Katanya, kerajaan negeri Perak perlu bertindak segera bagi mengelak insiden demam babi Afrika yang pernah melanda Batang Padang pada 2023 berulang.

“Begitu juga insiden virus Nipah dan Japanese Encephalitis (JE) yang sebelum ini pernah meragut nyawa rakyat Malaysia, semuanya berkaitan penternakan babi.

“Jika kerajaan Pahang boleh bertindak tegas terhadap kebun durian Musang King haram, mengapa tidak kerajaan Perak?

“Kami mahu tindakan tegas, bukan alasan. Rakyat Ayer Kuning sudah lama menderita,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...