PAS: Jamuan raya punca Anwar lewat panggil sidang Parlimen

KUALA LUMPUR 8 MEI — Lajnah Penerangan PAS menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kelewatannya memanggil sidang khas Parlimen.  

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisinya, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata kelewatan itu disebabkan Perdana Menteri sibuk menghadiri jamuan hari raya.

“Adakah patut Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata Anwar better late than never dalam memanggil sidang kas Parlimen isu tarif. 

“Kononnya beliau hendak kata Anwar lambat. Beliau tidak tahukah Anwar ini sibuk orangnya. Mana boleh cakap macam itu?

“8 April jamuan raya Kementerian Ekonomi. 10 April cakap di telefon bersama Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas kelewatan sidang khas Parlimen. 

Katanya, kelewatan sidang khas itu berpunca daripada keutamaan Anwar menghadiri jamuan Aidilfitri.

“12 April jamuan raya madani Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang. 13 April jamuan raya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“17 April jamuan raya Maybank dan lawatan kerja ke Thailand. 18 April jamuan raya Kementerian Kewangan. 19 April jamuan raya madani Sarawak.

“20 April bawa cucu tengok pejabat, paling penting. 21 April jamuan raya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...