PAS ikrar cari dalang khianat Yusoff lepas kerajaan jatuh

KUALA LUMPUR, 13 JUN — PAS berikrar akan mencari dalang pihak yang melakukan pengkhianatan terhadap bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Muhammed Yusoff Rawther.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata apabila tiba detik itu, semua pihak digesa tidak terkejut dengan dalang yang bertanggungjawab dalam pengkhianatan itu.  

“Apabila kerajaan ini jatuh nanti, kes Yusuff yang terpaksa meringkuk di dalam penjara sembilan bulan ini hanya kerana sebuah penganiayaan akan disiasat sehingga ke akar umbi.

“Waktu itu, jangan terkejut jika ada yang terpaksa ke penjara kerana salah guna kuasa.

“Hanya dengan arahan ‘orang atas’. Kasihan pihak polis yang bertugas dengan penuh dedikasi selama ini,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Mahkamah Tinggi semalam melepas dan membebaskan Yusoff atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol palsu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata Yusoff tidak perlu dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.  

Ahmad Fadhli berkata insiden penganiayaan terhadap Yusoff tidak boleh dibiarkan berterusan dengan pihak lain menjadi mangsa.

“Rakyat jangan melihat ini sebagai perkembangan yang ringan, jika kepada Yusuff ia boleh berlaku, apakah mustahil ia boleh berlaku juga kepada orang lain? Jawabnya tidak. 

“Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Aktivis dakwa ramai mahu Maszlee kembali jadi menteri

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Dr Anuar Ahmad menegaskan...

Loke sedia jadi ‘bad boy’ halang aktiviti bas pajak

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Anthony Loke bersedia menjadi...

Anwar gesa belia kukuh nilai integriti, akauntabiliti

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MCW beri 10 cadangan pulihkan industri bas ekspres 

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)...