PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa kerajaan negeri Perak mengambil tindakan terhadap pengusaha ladang babi tanpa lesen. 

Timbalan Presiden UMNO itu berkata ia sebagai menjawab tuduhan Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad dalam satu sidang media kelmarin. 

“Jadi kalau beroperasi tanpa lesen, kerajaan negeri perlu ambil tindakan, tetapi ia beroperasi secara berlesen mengikut segala prosedur. 

“Saya tidak yakin ini akan menjadi masalah kepada orang tempatan,” katanya dalam satu sidang media ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning semalam. 

Idris pada Khamis kesal kerajaan negeri Perak meluluskan lesen pengoperasian ladang babi di kawasan majoriti penduduk Melayu beragama Islam. 

Katanya, kerajaan negeri Perak perlu menutup ladang babi haram yang boleh membawa mudarat.

“Daerah Batang Padang dan Muallim sahaja terdapat 30 ladang babi yang diluluskan serta berlesen. Jika dicampur ladang haram, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

“Tinjauan saya mendapati banyak ladang babi sama ada diluluskan atau dibina secara haram. Lebih mendukacitakan, penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari. 

“Risiko penyakit berjangkit dan ancaman kesihatan akibat sisa daripada ladang-ladang ini juga sentiasa mengganggu penduduk setempat,” katanya.

Mohamad berkata tuduhan pemimpin PAS itu tidak benar dan ia disahkan sendiri oleh penduduk tempatan. 

Katanya, pembangkang akan menggunakan pelbagai isu bagi menarik perhatian pengundi di Ayer Kuning. 

“Itu memang menjadi darah daging mereka, memfitnah dan membuat tuduhan liar. Jadi, pengundi dan orang di sini faham kawasan tempatan mereka. 

“Orang di Tanjung Keramat sendiri pun tahu bahawa itu tidak benar. Jadi jangan terperangkap dengan fitnah sebegini yang memainkan sentimen yang boleh menyebabkan kegusaran dan keresahan masyarakat. 

“Mereka menggunakan agama, kaum dan macam-macam. Tidak boleh. Negara kita negara yang berbilang kaum, negara yang berundang-undang,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...