PAS desak syarikat bayar pampasan nahas bas UPSI

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Dewan Ulama PAS menggesa syarikat pengusaha bas dikenakan pampasan (diyat) susulan kemalangan maut melibatkan pelajar universiti. 

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata kerajaan perlu meletakkan kriteria pembayaran diyat kepada ahli keluarga mangsa susulan nahas meragut nyawa pelajar. 

“Pihak yang terlibat dengan kemalangan tersebut khususnya pengusaha bas seharusnya tampil bertanggungjawab terhadap tragedi yang mengorbankan nyawa 15 orang pelajar.

“Dewan Ulama mengharapkan kerajaan benar-benar teliti dalam isu ini supaya keadilan kepada mangsa dan ahli keluarga terbela. 

“Bahkan pembayaran diyat secara lebih menyeluruh berdasarkan prinsip keadilan Islam wajar diperkenalkan dan diintegrasikan dalam ruang perundangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam mengulas insiden kemalangan bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Katanya, kerajaan turut digesa mengkaji semula peruntukan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 melibatkan hukuman ke atas pemanduan melulu.

“Dewan Ulama menggesa siasatan penuh dilakukan terhadap peruntukan puluhan juta ringgit yang disalurkan untuk menaik taraf jalan raya berkenaan. 

“Ironinya, keadaan naif jalan raya masih kekal sehingga hari ini. Keadaan jalan yang teruk dan berlubang sudah berlarutan sekian lama dan tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

“Oleh itu, suatu audit menyeluruh wajar dipertimbangkan bagi memantau perlaksanaan projek penaiktarafan jalan raya berkenaan dan kos penyelenggaraannya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...