PAS desak Anwar cuti, biar Zahid pangku PM 

KUALA LUMPUR, 5 JUN — PAS menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim bercuti sementara bagi menghadapi kes saman sivil yang difailkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata Perdana Menteri perlu menyerahkan mandat kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengemudi negara.

“10 tahun lepas, Ketua Parlimen DAP pernah minta Datuk Seri Najib Razak bercuti ekoran dakwaan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Kali ini, Anwar wajib bercuti sementara kes saman ekoran apa yang dikatakan gangguan seksual terhadap bekas pembantunya dibicarakan bermula tengah tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang menyekat rujukan imuniti Anwar.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung kekebalan Perdana Menteri. 

Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan itu selepas mendapati persoalan yang dikemukakan tidak membabitkan keabsahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Ahmad Fadhli berkata, Ahmad Zahid lebih “layak” mengemudi negara kerana sudah dibersihkan daripada tuduhan mahkamah.

Katanya, Anwar boleh kembali menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri apabila saman sivil yang difailkan Yusoff ditolak mahkamah.

“Kita tuntut Anwar cuti dan berikan mandat kepada Zahid untuk kemudikan negara.

“Lagipun Zahid sudah bersih daripada tuduhan mahkamah. Beliau layak memangku jawatan Perdana Menteri sehingga Anwar benar-benar bersedia untuk bertugas,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...