PAS bimbang Rafizi mula sebut tokoh muda Perak

KUALA LUMPUR, 19 MEI — PAS merasakan ada yang tidak kena dalam Pemilihan PKR kali ini apabila Datuk Seri Rafizi Ramli membangkitkan isu tokoh muda dari Perak. 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata PAS tidak bermaksud mencampuri urusan dalaman parti lain namun ia membabitkan integriti awam. 

“Ini bukan soal campur tangan pemilihan parti lain tetapi isu tata kelola. Bila ada yang mencatur, logiknya tentulah pihak itu ada banyak wang dan kuasa duit. 

“Saya yakin Rafizi pun sedar ada sesuatu yang tidak kena jika disebut ‘tokoh muda dari Perak’ ini. Adakah ini sebenarnya reformasi?” soalnya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kebimbangan Rafizi dalam ceramahnya semalam.  

Rafizi mendakwa terdapat individu berasal dari Perak memainkan peranan penting dalam mencatur proses Pemilihan PKR kali ini. 

Katanya, individu berkenaan tidak perlu diperkenalkan lagi dan terserah kepada pihak tersebut untuk meneruskan percaturan pemilihan parti.

“Ada tokoh-tokoh besar muda dari Perak yang sibuk mencatur. Saudari-saudari tahu saya tidak payah sebut nama. 

“Pandai-pandailah kamu catur sana sini,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Ipoh, Perak semalam.

Kongres Nasional PKR akan bermula Khamis ini selama tiga hari di Johor Bahru dengan pemilihan pimpinan pusat diadakan pada Jumaat.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...