Nurul Izzah bimbang pemuda makin jauhi politik

KUALA LUMPUR, 19 MEI — Nurul Izzah Anwar menyuarakan kebimbangan apabila kaji selidik terkini menunjukkan 68 peratus pengundi muda enggan mencampuri urusan politik.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata pendekatan politik semasa perlu berubah daripada sekadar ceramah kepada program yang mampu mendekati generasi muda. 

“Anak muda hari ini bukan tidak peduli, mereka hanya belum nampak bagaimana politik boleh mengubah hidup mereka secara langsung.

“Kalau dulu mereka ikut mak ayah undi parti A, sekarang mereka undi parti C kerana mahu menjadi ‘rebel’.

“ Ini bukan sekadar protes tetapi refleksi kepada keperluan politik yang lebih tulen dan inklusif,” katanya ketika berkempen di Bukit Mertajam semalam.

Nurul Izzah berkata budaya politik tradisional sudah tidak lagi berkesan untuk menarik minat pengundi berusia 18 hingga 30 tahun.

Katanya, PKR perlu melaksanakan program masyarakat yang memberi impak langsung untuk memastikan anak muda melihat politik sebagai alat perubahan.

Pemilihan PKR menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Datuk Seri Rafizi Ramli.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Pemuda dan Wanita dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...