Nga seru PN tidak tunggang agama bantah RUU PSB

KUALA LUMPUR, 29 APRIL — Nga Kor Ming menggesa Perikatan Nasional (PN) berhenti menunggang agama dalam membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata PN perlu bersifat lebih bertanggungjawab dalam mendengar keluh-kesah rakyat.

“Bagi pembangkang PN yang membantah Akta PSB, sila lihat dan dengar sendiri suara rakyat miskin bandar yang terdesak.

“Jangan tunggang agama dan main sentimen perkauman tetapi selepas itu baling batu, simpan tangan. Jadilah lebih bertanggungjawab.

“Jangan halang kerajaan madani untuk membantu rakyat!” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas sokongan rakyat terhadap RUU PSB. 

Nga berkongsi foto kunjungannya ke kawasan rumah pangsa yang kelihatan usang dan penuh dengan timbunan sampah-sarap.

Timbalan Pengerusi DAP itu turut memuatkan foto beberapa penduduk yang mengangkat plakad mahukan rumah pangsa itu dirobohkan dan didirikan pangsapuri baharu. 

RUU URA dijangka akan dibentangkan dalam sidang Parlimen Jun ini selepas ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

RUU itu jika diluluskan akan membolehkan kerajaan membangunkan sesebuah kawsan tanpa persetujuan 100 peratus penduduk asal.

Penduduk Kampung Sungai Baru di sini antara yang lantang mengecam RUU itu yang membayangkan aset mereka akan mudah dirampas jika ia diluluskan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...