Najib, Jokowi pun amal nepotisme, kata PKR Kelantan

KUALA LUMPUR, 20 MEI — PKR Kelantan mendakwa tidak adil mengaitkan Nurul Izzah Anwar dalam isu nepotisme membabitkan naratif politik Malaysia. 

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata nepotisme bukan isu baharu malah ia berlaku kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor Sinar Harian. 

“Kalau nepotisme, pada saya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ada Najib, Allahyarham Tun Hussein Onn ada Datuk Seri Hishammuddin dan Jokowi ada Gibran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang di Kota Bharu, Kelantan hari ini. 

Mohamad Suparadi berkata Nurul Izzah dilihat setia dalam PKR yang menggalakkan anak muda dan wanita untuk bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dengan kemenangan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mampu membawa cahaya baru di Kelantan. 

“Kita kena terima hakikat hari ini bahawa komponen terbesar pengundi ialah wanita dan anak muda. 

“Jika beliau boleh dinobatkan sebagai Timbalan Presiden, saya rasa Kelantan pun akan menerima cahaya baharu.

“Sosok Nurul Izzah ada kepimpinannya untuk masa depan. Kita tidak boleh harap kepada Presiden kerana beliau sebagai Perdana Menteri perlu menjaga negara,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...