Naim Daniel tidak mengaku salah amang seksual remaja 17 tahun

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Pelakon Naim Daniel hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Putrajaya, Datin M Kundasamy mendengar pengakuan itu dan membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, penyanyi “Sumpah” didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan pada 19 Mei lalu di Hotel Ukiyo di Petaling Jaya, Selangor.

Naim, 28, didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Pelakon drama “High Council” diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin.  

Kes akan disebut semula pada 18 Ogos ini.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...