
“Tun Mahathir perasuah”, tuduh Anwar
Ketika Tun Mahathir berjabat tangan dengan Anwar sewaktu perbicaraan kes Anwar di mahkamah, adakah Anwar menepis tangan Tun kerana dia seorang perasuah? Tidak.
Ketika Tun M membawa Bersatu masuk ke Pakatan Harapan (PH), adakah PH menolaknya kerana dia korup? Tidak.
Ketika PH memilih Tun M untuk memimpin PH dalam PRU14 sebagai Pengerusi dan calon Perdana Menteri, adakah Anwar dan PH menganggap Tun M perasuah? Tidak.
Ketika PH di bawah kepimpinan Tun M menang PRU14, adakah Anwar dan PH menolak kemenangan itu kerana Tun M korup? Tidak.
Ketika Tun M mengangkat sumpah sebagai PM, adakah Anwar dan PH menukar calon PM mereka kerana Tun M perasuah? Tidak.
Ketika Tun M melantik pemimpin komponen PH ke jawatan kabinet, adakah mereka menolak pelantikan itu kerana Tun M korup? Tidak.
Ketika Tun M menandatangani surat untuk memohon pengampunan dan pembebasan Anwar dari penjara, adakah Anwar dan PH menolak pengampunan itu kerana Tun M perasuah? Tidak.
Ketika Anwar bertanding di Port Dickson, adakah dia menghalang Tun M dan Tun Daim berkempen untuknya kerana mereka korup? Tidak.
Benar, sejak 1998 lagi Anwar menuduh Tun M rasuah, tapi tanpa bukti. Alasannya? “Kerajaan sembunyikan bukti.”
Selama 25 tahun, Anwar konsisten menuduh tanpa bukti, tapi partinya kalah dalam setiap pilihan raya. Hanya apabila Tun M dan Bersatu menyertai serta memimpin PH, Barisan Nasional—yang memerintah lebih 60 tahun—akhirnya tumbang. Adakah Anwar dan PH menolak kemenangan ini atas alasan prinsip, kononnya perjuangan mereka dikotori oleh Tun M yang didakwa korup? Tidak.
Dan dalam segala yang Tun M lakukan untuk membantu Anwar dan PH, tidak sekali pun isu “Tun M perasuah” atau “menyalahguna kuasa untuk kayakan anak-anaknya” dibangkitkan.
Tiba-tiba sekarang, tuduhan bertubi-tubi dilontarkan—kononnya semasa menjadi PM ke-4, Tun M menjadikan anak-anaknya bilionair. Di mana buktinya? Tiada. Anwar dan PH bukan lagi pembangkang. Anwar kini Perdana Menteri, PH dan BN pula kerajaan. Masih tiada bukti dibongkar? Kerajaan Madani sembunyikan bukti?
Jelas, bagi Anwar, bukti tidak penting. Yang penting ialah persepsi. Jadi, dia terus melemparkan tuduhan tanpa asas dalam ucapannya dan wawancara media, semata-mata untuk menjatuhkan maruah Tun Mahathir dan keluarganya.
Tapi dia silap besar. Rakyat terlalu bijak—tidak mudah tertipu dengan fitnah Anwar.
Kalau Anwar betul serius memerangi rasuah, kenapa lantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM?
Kalau dia melawan salah guna kuasa, kenapa Farhash dapat kontrak berbilion?
Kalau dia mendakwa tadbir urusnya terbaik, kenapa anaknya dilantik ke jawatan kerajaan?
Cukup-cukuplah dengan taktik untuk alihkan perhatian Rakyat dari isu utama – iaitu keadaan ekonomi Rakyat yang semakin buruk dibawah pentadbiran kamu. Tak ada siapa percaya kamu lagi, Anwar. Turun saja.