MotoGP Jerman : Kejuaraan milik pelumba Ducati, Francesco Bagnaia

HOHENSTEIN-ERNSTTHAL, 8 Julai – Penyandang juara dunia, pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia dari Itali memenangi saingan MotoGP Jerman di Sachsenring mendahului Marc Marquez.

Pesaing kejuaraan, Jorge Martin dari Sepanyol terjatuh ketika mendahului perlumbaan dengan baki dua pusingan.

Adik Marc, Alex, menduduki tempat ketiga untuk membolehkan dua beradik itu berada di podium MotoGP buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun sejak Nobuatsu Aoki dan Takuma Aoki dari Jepun menduduki tempat kedua dan ketiga di Grand Prix Imola.

Martin telah memecahkan rekod pusingan untuk merangkul petak pertama dan kemudian memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu untuk mendahului 15 mata dalam kejuaraan.

Namun kemenangan keempat berturut-turut Bagnaia meletakkannya 10 mata di depan Martin dalam kejuaraan.

Pada saingan Moto2, Fermin Aldeguer dari Sepanyol mendominasi perlumbaan dengan pelumba Britain, Jake Dixon di tempat kedua.

David Alonso dari Colombia memenangi perlumbaan Moto3 untuk melebarkan kedudukannya dalam kejuaraan dengan pesaing terdekatnya dari Belanda, Collin Veijer, tersingkir.

Selepas kemenangan keenamnya musim ini, Alonso mendahului 58 mata daripada Ortola dalam kedudukan kejuaraan.

Veijer jatuh ke tangga keempat di belakang pelumba Sepanyol Daniel Holgado.

Berita RTM | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...