Mohon imuniti, PM cabar kuasa raja, kata BERSATU

KUALA LUMPUR, 28 MEI — Parti BERSATU menegaskan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon imuniti membuka ruang salah guna kuasa pemimpin kerajaan. 

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata perkara itu tidak masuk akal kerana Perdana Menteri mahu menunjukkan kekebalan melebihi Raja-Raja Melayu. 

“Imuniti eksekutif hanya melindungi tindakan rasmi dalam kapasiti jawatan bukan kesalahan peribadi sebelum memegang jawatan. 

“Di Amerika Syarikat pun Donald Trump tiada imuniti ke atas jenayah peribadi yang dilakukan sebelum menjadi presiden,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

Anwar hari ini memohon imuniti kepada Mahkamah Persekutuan bagi mengelak saman yang difailkan bekas pegawai penyelidiknya Yusoff Rawther.

Presiden PKR itu merujuk lapan persoalan agar perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun ini ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Tun Faisal berkata permohonan imuniti Anwar hanya akan melemahkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, memberikan imuniti terhadap tindakan peribadi Anwar akan mengikis prinsip keluhuran Perlembagaan dan meletakkan pemimpin berada di atas undang-undang.

“Jika benar tidak bersalah, jawablah dakwaan melalui mahkamah, bukan melarikan diri di sebalik imuniti,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...