
KUALA LUMPUR, 28 MEI — Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa Perdana Menteri tidak gentar menghadapi saman sivil yang dikemukakan Yusoff Rawther.
Aktivis politik itu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berpegang kepada prinsip “berani kerana benar” bagi membuktikan apa yang dilaungkan selama ini bukan sekadar retorik.
“Anwar jangan jadi ‘bacul’ dan ‘pengecut’ untuk mengelak daripada berhadapan dengan kes saman sivil Yusoff. Perdana Menteri harus berpegang pada prinsip ‘berani kerana benar’.
“Tidak perlu buat apa-apa permohonan di mana-mana mahkamah untuk mengelakkan beliau daripada berhadapan dengan Yusoff dalam kamar mahkamah.
“Sebagai seorang yang mengaku dirinya sebagai ‘reformis’ sepatutnya tidak harus berpegang pada sistem ‘dua darjat’ dalam undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas permohonan imuniti Anwar kepada Mahkamah Persekutuan hari ini bagi mengelak saman yang difailkan Yusoff.
Anwar merujuk lapan persoalan agar perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun ini ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.
Khairuddin berkata Anwar perlu berdepan dengan saman Yusoff bagi membersihkan namanya di mahkamah.
Katanya, mahkamah merupakan platform terbaik untuk Anwar membersihkan nama serta mensucikan diri dan bukan berlindung dengan permohonan imuniti.
“Saya amat geli hati apabila mengetahui Anwar memfailkan permohonan untuk beliau mohon keputusan imuniti daripada saman sivil sebagai Perdana Menteri.
“Inilah perangai Anwar ‘kaki penipu’ yang hanya berani memfitnah orang lain di luar bidang undang-undang tetapi terus menjadi ‘pondan’ untuk berhadapan dengan mangsanya.
“Sama ada beliau seorang Perdana Menteri atau pun tidak, harus berhadapan dengan kes pertuduhan yang berat bagi membersihkan namanya di mahkamah,” katanya.
Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom