MINDA puji menteri, tuntut guru kembali ‘mengajar’

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menambah baik sektor perguruan. 

Timbalan Pengarahnya, Dr Anuar Ahmad berkata sudah tiba masanya Malaysia melakukan reformasi mengembalikan tugas sebenar guru.  

“Mulakan reformasi pendidikan negara dengan kembalikan sepenuhya tugas guru untuk mengajar di dalam bilik darjah.

“Keputusan KPM memendekkan tempoh kepada dua tahun untuk guru memohon pertukaran dan lantikan pembantu adalah dua perkara yang pasti menggembirakan guru. 

“Sudah tiba masanya untuk KPM fokus kepada agenda membawa guru kembali kepada tugas hakiki mereka di dalam bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pengumuman Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina sempena sambutan Hari Guru mengumumkan enam berita gembira yang dilihat mampu mengurangkan beban dan meningkatkan kemahiran guru. 

Enam inisiatif itu seperti permohonan pertukaran yang boleh dibuat selepas dua tahun dan menyediakan 1,470 pembantu guru di sekolah terpilih.

KPM juga akan menghantar guru terpilih mengikuti kursus jangka pendek di luar negara untuk menimba pengetahuan dalam beberapa bidang terpilih.

Seterusnya, diskaun 20 peratus kepada guru untuk membeli tiket penerbangan serta diskaun 20 hingga 30 peratus bagi pembelian buku atas talian.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...