MENTERI PELANCONGAN TIDAK FAHAM PERLEMBAGAAN NEGARA DAN BERCAKAP DI LUAR KONTEKS

YB Dato Seri Tiong King Sing selaku Meteri Pelancongan tidak faham perlembagaan negara dan bercakap melalut di luar konteks.

Beliau harus kaji perlembagaan negara betul-betul dan kena terima hakikat bahawa bahasa rasmi negara adalah bahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu.

Apa kena mengena dengan penggunaan bahasa Malaysia sehingga boleh memberi kesan buruk pada industri pelancongan serta tidak baik untuk mempamerkan kepelbagaian budaya?

Hubungan antara kaum di negara kita cukup akrab walaupun bahasa rasmi negara adalah bahasa Malaysia.

Kepelbagaian kebudayaan menyemarak dengan begitu baik di tanahair kita sejak pendatang asing memasukki Malaysia.

Hak mereka tidak pernah disekat atau ditekan tetapi dalam masa yang sama mereka harus menghormati undang-undang dan perlembagaan negara.

Jangan cuba untuk tukarkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara China kecil di rantau Asia Tenggara ini.

Kalau di Thailand semua papan-papan tanda ditulis dalam bahasa Siam tetapi industri pelancongan mereka lebih baik dari Malaysia.

Perdana Menteri Thailand sekarang adalah dari keturunan Cina tetapi di negara Thailand tidak kelihatan papan-papan tanda mereka dipenuhi dengan bahasa Cina namun mereka tetap maju dalam pelbagai segi.

Tiong King Sing juga merepek apabila membuat teguran terhadap komen Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kenyataan mantan Perdana Menteri dua kali ini boleh menjejas industri pelancongan.

Sebenarnya para pelancong asing datang ke tanahair kita untuk melihat identiti peribumi yang tulen khususnya adat resam Melayu dan sebagainya.

Kita terpaksa terima hakikat bahawa keujudan Malaysia adalah dari Tanah Melayu.

Kalau pelancong antarabangsa bangga sangat dengan penulisan bahasa Cina sudah pasti mereka akan pergi ke negara China untuk tujuan tersebut.

Penggunaan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu tidak akan menjejaskan industri pelancongan malahan ianya akan menzahirkan satu identiti tulen terbaik kepada keseluruhan pelancong-pelancong asing.

Apakah juga dengan mengguna bahasa Malaysia pada papan-papan tanda akan memudaratkan kepelbagaian budaya di negara kita?

Sebenarnya, tiada kaitan langsung pun dan analisa Menteri Pelancongan Malaysia mengenai isu ini cukup dangkal serta kurang cerdik.

Kita suruh Menteri Pelancongan pergi ke Filipina, Thailand, Vietnam serta negara-negara lain untuk melihat tanpa penggunaan bahasa Cina pada papan-papan tanda; apakah industri pelancongan mereka merosot?

Saya menyeru pada pihak penguatkuasa undang-undang agar jangan kompromi dengan penggunaan bahasa Cina secara mutlak pada papan-papan tanda di negara kita kerana ini bertentangan dengan perlembagaan negara.

Tindakan tegas harus dikenakan pada pihak-pihak yang menggunakan papan-papan tanda dalam bahasa Cina secara mutlak kerana Malaysia bukan negara China.

Yang Benar,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

25 November 2024

inspirasichannelz.com | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...

Perjalanan Harimau Malaya terhenti,Terima Kasih Pau Marti Vicente

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Malaysia ditunjukkan jalan keluar dari...

Peguam Negara fail rayuan keputusan melepas, membebaskan Rosmah

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memfailkan...

Tiada campur tangan dalam keputusan mahkamah – Anwar

"Saya tidak pernah bertemu dengan mana-mana hakim dan saya...