Menteri: Malaysia yakinkan AS, tiada tarif dagang balas

KUALA LUMPUR, 25 APRIL — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memaklumkan Malaysia tidak akan mengenakan tarif balas kepada Amerika Syarikat (AS).

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia sedia bekerjasama dengan AS bagi mencapai hasil yang akan dipersetujui bersama di bawah kepimpinan Donald Trump.  

“Saya percaya mesyuarat bersama Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan wakil perdagangan AS Duta Besar Jamieson Greer adalah langkah menuju ke arah yang betul. 

“Kami akan terus membuat susulan kepada beberapa isu utama yang dibincangkan segera dalam tempoh 90 hari pemberhentian sementara tarif timbal balas.

“Malaysia juga menegaskan semua talian komunikasi kekal terbuka dan kami akan terus berusaha untuk mencapai penyelesaian yang baik bagi tarif timbal balas ini,” katanya.   

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas pertemuannya bersama Lutnick dan Greer di Washington, AS semalam. 

Katanya, Malaysia terbuka untuk meneruskan rundingan dalam empat perkara iaitu membantu mengurangkan defisit perdagangan dan menangani halangan bukan tarif.

Dua lagi fokus ke arah mengukuhkan perlindungan dan keselamatan teknologi serta meneroka potensi perjanjian perdagangan dua hala. 

“Malaysia optimis mengenai penangguhan sementara 90 hari baru-baru ini mengenai pelaksanaan langkah tarif dan menganggapnya peluang libat urus dengan AS. 

“AS akan terus menjadi rakan ekonomi terpenting dan strategik bagi Malaysia. Sepanjang beberapa dekad, syarikat AS memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia.  

“Malaysia akan berusaha meneroka alternatif dalam mengimbangi kebimbangan dan memastikan aliran perdagangan menguntungkan antara Malaysia dan AS,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...