Menteri: LIMA ’25 tetap meriah walau India tarik diri

KUALA LUMPUR, 19 MEI — Menteri Pertahanan menjelaskan pasukan aerobatik Tentera Udara India terpaksa menarik diri daripada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA ‘25).

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata India pada asalnya mengesahkan penyertaan namun menarik diri atas faktor cabaran yang sedang melanda negara tersebut.

“Mereka tidak dapat teruskan hasrat itu kerana kita pun tahu keadaan dan cabaran yang sedang dilalui negara berkenaan,” katanya kepada pemberita di Langkawi hari ini.

Mohamed Khaled berkata meskipun India menarik diri, LIMA 25 akan tetap diteruskan dengan pertunjukan aerobatik daripada beberapa pasukan terkenal antarabangsa.

Katanya, ia termasuk daripada pasukan Russian Knights dari Rusia, Jupiter dari Indonesia dan pertunjukan aerobatik tempatan. 

“Penyertaan pasukan aerobatik kita juga ada pertunjukan solo terdiri daripada Tentera Udara Diraja Malaysia dan Akademi Penerbangan Layang-Layang.

“26 aset udara dari dalam negara dan 17 lagi dari luar negara seperti Brunei, Jerman, Itali, Kanada, Singapura, Rusia dan Amerika Syarikat.

“Ini termasuk aset daripada sektor komersial seperti dari India, Brazil, Perancis dan Itali,” katanya.

Sementara itu, Khaled berkata bagi segmen maritim pula sebanyak 31 kapal dari dalam dan luar negara terlibat menyertai pameran statik dan perbarisan armada.

Katanya, keseluruhan aset maritim yang akan terlibat dalam pertunjukan berjumlah 39 unit lebih banyak berbanding 28 aset pada edisi lepas. 

“Daripada jumlah itu, 19 kapal dari dalam negara manakala 12 kapal dari luar seperti Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...