Menteri gantung permit bas pajak, tiada GPS 

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Menteri Pengangkutan memaklumkan permit syarikat bas yang terbabit dalam nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dibatalkan serta-merta.

Anthony Loke berkata meskipun terdapat proses rayuan namun permohonan tersebut tidak akan dilayan Kementerian Pengangkutan. 

“Pertamanya, syarikat terbabit melanggar syarat dengan memajakkan permit bas kepada pihak ketiga.

“Pemilik beralamat di Kedah dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan.

“Kedua, apabila diminta serahkan laporan GPS, mereka tidak dapat serahkan sebab GPS pun tidak diaktifkan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini. 

Loke berkata walaupun pemandu bas mendakwa terdapat kerosakan brek penyebab kemalangan namun ia semua bergantung kepada pembuktian laporan forensik.  

Katanya, berdasarkan rakaman kamera papan pemuka yang tular, bas berkenaan dipandu laju sebelum terbabas di selekoh yang mengakibatkan kemalangan. 

“Kita akan buat laporan terperinci termasuk laporan forensik dan sebagainya untuk melihat sama ada betul atau tidak dakwaan itu. 

“Tetapi daripada rakaman kamera papan pemuka pengguna jalan raya lain amat jelas bahawa ketika itu bas memotong dengan laju memecut dan akhirnya terbabas,” katanya.

15 pelajar UPSI meninggal dunia awal pagi kelmarin sementara 27 pelajar lain cedera selepas bas yang disewa terlibat dalam kemangan di Gerik, Perak.

Nahas berlaku apabila bas yang dalam perjalanan dari Terengganu ke UPSI di Tanjung Malim, Perak melanggar belakang Perodua Alza dan merempuh pembahagi jalan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...