Menteri enggan lantikan politik ganggu pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Anthony Loke menggesa kerajaan meneruskan dasar pelantikan profesional menerajui sektor pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan berkata dengan kelayakan dan pengalaman pimpinan profesional, sektor pengangkutan awam dapat dimajukan tanpa tekanan politik.  

“Pendirian saya, jangan ada lantikan politik dalam operator pengangkutan awam. Ia mesti diterajui oleh golongan profesional.

“Kita sudah melihat hasilnya, apabila kita lantik profesional dan tokoh-tokoh berpengalaman untuk menerajui organisasi, perubahan besar berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum Ilmuwan Malaysia MADANI yang berlangsung di Menara Prasarana, Petaling Jaya semalam. 

Katanya, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjadi bukti bagaimana pengurusan pimpinan profesional berjaya menunjukkan prestasi cemerlang. 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata syarikat itu kini bergerak ke arah momentum positif.

Katanya, penumpang semakin bertambah berbanding zaman pandemik COVID-19 yang menyaksikan 2025 mencatatkan peningkatan signifikan.

“Jumlah penumpang kami sangat rendah ketika pandemik. Namun dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan keadaan.

“Pada 2022, jumlah penumpang harian kami sekitar 681,000 orang. Kini pada 2025, angka itu meningkat kepada kira-kira 1.31 juta orang sehari,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...